Threads...?

Hi genk, so hari ni satu dunia sedang bising dengan pelancaran media sosial baru, Threads by Instagram. Jadi sudah tentulah pengasas dia Mark Zuck-- (entah, tak reti nak eja nama last dia. Not even bother to search for it lol). Threads ni pun kira saingan bagi Twitter la. Twitter pun banyak la isu dia sekarang. Aku pun malas nak list kat sini sebab ambil port pun sikit2 je. Sebab utama aku main Twitter pun nak cari artwork untuk bagi inspirasi aku melukis je which boleh buat kat Pinterest. Tapi Pinterest selalunya reposter, aku guna Twitter kira untuk support artist tu sendiri la. 

Anyways, sejak akhir2 ni, aku rasa yang aku ni kuat diam di media sosial sebab entah la. Aku ni jenis malas nak melawan balik. Jenis malas nak counter satu pergaduhan walaupun aku boleh je. IRL aku boleh je counter, tapi media sosial ni biasanya aku elakkan. Sebab kalau salah kasi maklumat satu, memalukan diri sendiri satu, lagi satu kalau lagi melayan orang cari gaduh tu, lagi dia suka, lagi dia nak melawan, lama2 pergaduhan tu tak ke mana pun. Lagi satu, benda ni kelakar tapi ia terjadi, benda tu tak perlu dibalahkan pun tapi nak juga cari point untuk bergaduh. hmphh, maleh aque kalau gitu. 

Aku harap Threads ni ok la kot untuk aku adapt. Kita tengok la dulu hahaha. Sebenarnya kan, aku selesa luahkan semua isi hati aku kat blogger ni. Post it online, yet, orang takkan cari atau jumpa pun sebab blogger ni dah mati. Dulu2 masa 10 tahun yang lalu ramailah yang pakai. Tangan aku yang sekarang, tak macam dulu yang boleh tulis panjang2 dalam buku journal aku hahaha, jadi aku lebih selesa menaip. Walaupun internet is forever, tapi kat sini aku free. Jadi aku bebas nak luahkan apa yang aku rasa, no restrictions. Yang baca pun mungkin aku di masa hadapan, Nana, Shaiba atau kawan2 rapat aku je. Onyeah, so cool. Kenapalah aku boleh lupa betapa amannya kat sini. Boleh la aku rant sepuas hati kat sini, tanpa orang judge. Boleh aku pada masa hadapan baca apa yang aku lalui untuk dijadikan pengajaran and so on. Mungkin aku akan kembali ke blogger ni selalu (hopefully). 

I kinda like my life like this, tak overshare my life kat sosial media yang exposed sangat macam Tiktok ke, Facebook ke. Tapi aku harap aku rajin melukis dan tak risau pasal perfection sangat macam dulu. Huhuhuhu, tengok la sekarang, audience lukisan aku ramai dah lupakan aku. Susah sikit la nak marketkan lukisan sendiri. Tapi Allah ni baik, aku dapat juga job melukis sebagai illustrator. Berkat masa buat networking di PBAKL tahun lepas, masa saya masih bekerja bawah Tuan Irfan. Alhamdulillah. Mostly pun orang2 industri buku. Mungkinkah aku ke arah ni? Bukan animation? Who knows, ada je kawan2 aku yang bolot dua2 bidang sekali hahaha. Aku ni pun cakap macam illustrator dengan animator ni bidang yang lain je, padahal bidang yang sama, jobscope je lain. Okay lah, tu je kot for now. Chaw lu. 

Ni account Threads saya, feel free to follow! 




Comments

Post a Comment