Kembali

Hi genk, I'm back dengan penuh slay. Sorry ah lama tak jenguk blog ni for almost 3 years lol sebab aku lupa ah aku ada blogspot. Ni tiber teringat pun sebab borak dengan Danae pasal blog. Sekarang saya sambung Degree Animation kat MMU. Baru sem 1 je tapi Ya Allah, semput wei. Merangkak juga la buat assignment, lagi2 lecture semua teliti sangat dalam semua benda which is good,,, but AAAAA PENAT!! Sekarang ni pun tengah buat assignment pembetulan 3D Surfacing. Boleh je tak buat pembetulan, tapi aku tak puas hati sebab aku dapat C untuk Assignment 1 dan 2. huhuhu... Aku takut sangat akan effect CGPA keseluruhan. Tak senang beb Degree sini. Aku pun satu, sebelum masuk dulu terlebih confident sampai nak target CGPA 3.5 ke atas macam Diploma kat KV dulu. Memang tak sama la beb. Aku rasa kalau member KV aku dulu sambung sini, mesti ramai dah drop out. Aku dah akhir2 sem ni pun tengok classmate dah berkurang dah. Tak termasuk lagi orang yang tak capai benchmark. Tapi abang Ziqri, Iqin pernah cakap yang sijil MMU ni mahal, jadi akan aku cuba yang terbaik untuk graduate. Ishh dah la MUET tak ambil! Aku ambil tahun depan la sebab english aku merudum juga la sejak kerja setahun kena cakap melayu baku hahahaha! Dulu time KV tak ambil MUET sebab confident sangat tak nak sambung belajar.

Okay lah, sekarang aku akan cerita apa yang berlaku dalam so far dalam hidup aku selama 2 tahun ni. Setelah 2 tahun tamatkan pengajian aku di KV, akhirnya aku sambung belajar. Asalnya tak nak sambung pun sebab over-confident dengan skill yang ada, aku kerja. Setakat ni, aku dah ada pengalaman kat 3 tempat kerja. Masa intern dulu, aku kerja di BrainyBones Studio. Yang buat cerita Kring! tu. Aku pegang jawatan sebagai Concept Artist dan Storyboard Artist masa tu. Pada masa yang sama, aku ada tolong diorang untuk texture baju, buat corak baju untuk watak Teacher Suraya tu. Alhamdulillah, pengalaman aku kerja kat sana seronok sangat. Walaupun gaji tak semenggah, RM300 je, tapi untuk company baru nak up, dan aku ulang alik 40 minit dari rumah, aku okay je. Lagipun diorang bukan company2 yang typical layan budak intern macam kuli. Aku memang banyak belajar daripada BrainyBones Studio ni. 

Orang2 dia pun baik. Dengan sekali budak intern lain pun baik. Rindu pula rasa huhu. Untuk Storyboard punya kerja, saya di didik oleh Kak Fina (Syarafina), bagi Concept Art pula, abang Zedd yang ajar. Honourable mention to Tikah, Aizat, Wawa dan Adam sebab jadi bestie saya sepanjang saya intern di sana ueueue rindu sangat kat korang!! Adam ni intern juga masa tu, dia daripada MMU juga cuma masa tu aku tak belajar di MMU lagi la haha kira Adam ni senior aku di MMU walaupun umur kami sama. I actually adore Adam. Not in 'that' way, aku dah ada gewe!! HAHAHA. Tapi aku adore dia dari segi ilmu. Dia banyak membaca, dia membuatkan aku rindu untuk membaca pada masa tu. Buku2 yang dia baca pun berilmiah semua, ada dia pernah bagi file PDF untuk bagi aku baca, malangnya dah 2 tahun berlalu pun, aku tak baca2 pun PDF yang dia kasi LOL (sorry Adam xoxo). Atikah pula memang orang yang paling saya rapat dan 'ngam' la sepanjang bekerja kat sana. Apa2 je dengan dia sebelum Wawa datang. Wawa ni kira intern juga, cuma masuk lewat. Dia ni pun gila2 juga! Hahaha, alhamdulillah member pun sampai sekarang kerja sana sebab dapat serap jadi pekerja tetap. 

Masa aku dapat tahu yang aku tak diserap sebagai pekerja tetap, aku kecewa sangat2 masa tu. Sebab aku look up sangat dengan company ni. Tapi tak apa, sebab aku belajar yang Allah ada plan lain untuk aku. Mungkin skill aku masa tu pun tak semenggah lagi (sekarang pun takde la sangat, haha). BrainyBones tetap di hati. Dah la kebetulan sangat2 yang masa buat presentation animatic kepada external sebagai pemarkahan terakhir untuk AD1 (Animation Design) haritu, salah seorangnya adalah Ekal Kus! Masa aku present tu, haa semua former worker yang BrainyBones tu bersorak kat aku (UWAAA TERHARUUUU RINDUUU), ada Abang Zedd, Kak Fiqa, Wawa dan Aizat hahaha! Anyways, cakap pasal Ekal Kus, dia jadi pekerja tetap kat BrainyBones tu sebagai Storyboard Artist, tak silap. Gantikan Kak Fina barangkali? Sebab ada dengar cerita yang Kak Fina jadi lecture di MMU sekarang, tapi dia ajar budak Diploma la huhu. Aku tak rapat pun dengan Ekal Kus ni. Kat FB pun bukan 'friend' pun, tapi kenal sebab satu geng dengan Khairul (Editor Iman). Lagipun saya adore sangat dengan lukisan Ekal ni. Saya follow kat Instagram dan beli buku Wira Cilik yang salah seorang pelukisnya Ekal Kus. Cakap pasal Ekal Kus ni, aku rapat dengan adik dia je. Rapat tu, takdelah rapat mana, tapi kira rajin bertegur la juga setiap sebulan dua gitu. Haha. cuma adik dia, Haikal Najmi, dia ni chef. Cool! Okay, kembali ke pangkal jalan. Apa yang aku cuba nak sampaikan is, betapa kecilnya dunia ni. Dan betapa kecilnya juga industri animasi ni. Balik2 muka orang sama je. Sebab tu takleh nak buat hal sangat. Orang senang cam! Hahaha. 

Tempat kerja kedua aku, aku kerja kat satu company buku kat Sungai Buloh; MommyHappy Group. Alhamdulillah juga, sepanjang aku bekerja kat sini, tiada isu sangat pun pasal pekerja toxic ke apa, semua baik2. Cuma, illustratornya aku seorang je beb. Lelah juga la sebab aku takde orang nak bincang pasal kerja aku. orang lain dalam department diorang, ramai dan boleh discuss huhu. Aku kerja sini tak lama pun, 4 bulan je. Sebab utama juga sebab jauh daripada rumah. Ulang alik dari rumah ke sana pun makan masa sejam setengah juga. Penat fizikal. Tambahan pula kerja Sabtu juga, memang Ahad tu seharian aku tidur je la kerja! Lepas tu, Isnin repeat benda sama saaaampailah Sabtu, 9 pagi hingga 6 petang. Ibu aku tak kasi menyewa kat kawasan berdekatan, sebab kos. Gaji aku masa tu pun RM1.3k je walaupun akan naik anually, tapi aku tak tahan sebab masa aku dihabiskan atas jalan raya je, memang idokla nak tahan sampai setahun ke apa (iyo, saya tak tahan. Takyah la nak kecam saya ni generasi lemah ke apa. Lemah fizikal kang nanti takleh buat kerja. Dah la illustrator saya sorang). 

Lastly, saya dapat offer bekerja sebagai Graphic Designer/Illustrator di Irfan Foner Studio. Tuan Irfan sendiri yang offer kat saya, saya terima jelahh hahaha. Bekerja kat sini pun seronok sebab Tuan Irfan ni memahami orangnya, tolong kita untuk membina diri juga. Dan saya dapat kakak angkat, Husna dan Wani!! hehehe. Tapi, bukan semuanya pelangi dan gula2 kapas kan, mestilah ada kesusahan juga. Dari segi jobskop dan KWSP. Penat mental juga la time ni, saya tak tahu la kenapa masa ni, keresahan saya tinggi menggunung sangat2. Walaupun ada Kak Wani dan Husna untuk tolong. Masa ni la aku fikir untuk sambung belajar sebab aku rasa skill aku tak mencukupi untuk redah alam pekerjaan. Specifically, kemahiran untuk berfikir. Untuk menjana idea, memang kelemahan aku. Aku ni jenis ikut dan buat je orang cakap. Bila orang tanya untuk idea, aku tak boleh nak brain idea tu huhuhu!! Dan aku rasa skill aku dalam animating ke, lukisan ke apa semua tu macam tak cukup sebab nak terus lompat ke syarikat animasi dalam keadaan aku sekarang, memang aku rasa aku tak dapat nak tahan sebab tu aku ambil keputusan untuk sambung belajar. Itupun aku sebenarnya boleh dapat masuk ke Durioo, tapi mereka tolak sebab cara aku jawab semasa interview pun teragak-agak sebab aku asyik cakap nak sambung belajar. So here am I, in MMU. 

Sebelum aku masuk MMU ni pun aku buat kajian pasal syllabus Universiti yang tawarkan kos animasi ni. Dan pada pandangan aku, MMU la the best choice in terms of syllabus and the price offered. Lagipun ramai orang industri pro2 graduan daripada MMU. Ni pun dah yakinkan aku untuk sambungkan pengajian kat sini. Dan selama aku menjalankan pengajian aku kat sini, memang sah2 dapat apa yang aku nak. Straight-forward belajar pasal animasi, tak ada subjek yang tiada kaitan ke apa macam uni lain. (Selain subjek Character Building yang semak namampos). Dan memang susah!! hahahaha. So kepada sesiapa yang nak ambil Degree di MMU ni, aku sarankan untuk ambil Diploma la dulu at least, sebab walaupun ada Foundation, dia tak cukup untuk survive dalam Degree ni. Melainkan kau tak kisah pasal CGPA yang cukup2 makan atau kau memang dah ada basic skill melukis dan 3D. Kalau tak, kau memang akan loss lagi2 dengan tarikh submission yang ketat. Passion tu memang kene kuat, tak boleh berhenti tengah jalan. Apa pun, Good Luck! (aku type macam akan ada orang baca je lol, aku pun bukan nak harap sangat orang baca sebab blog ni macam diari aku ja). 


Salah satu assignment Animation Design aku, sketch attack.



Comments

  1. Panjangnya post awak, buat saya gila kehkehkeh /j anyway keep it up Kamalia, i'm rooting for you xoxo

    ReplyDelete

Post a Comment