Bala

Hi genk, hari ni aku tak tau la hari apa bagi aku dan Fadia. Baru pukul 10 pagi pun dah macam2 jadi harini. So harini kitorang datang MMU ada 2 sebab. Aku ada bengkel Adobe Illustrator jam 11 pagi untuk 3 hari. Fadia pula hari ni ada exam Performing Arts (menari) pukul 9 pagi. Aku gerak pukul 7 pagi tu rasa macam dah awal dah. Tapi stuck dekat Prima Sri Gombak tu 15 minit sebab tangki pecah, banjir 🌊🌊🌊. Sian aku tengok budak2 tak sampai sekolah lagi dah lencun baju. Kalau aku tak ambil Fadia, memang aku lalu Bolton dah. Lepas tu, sampai rumah Fadia pukul 7.20 pagi gitu. So terus la gerak ke Cyberjaya. Jammed dia jangan citer la. Jalan KL we are talking about. 


Sampai Cyberjaya pukul 8.55 pagi gitu. Disebabkan kami melayu, kami terus ke Mekdi sebab masing2 lapar. Masa kat Mekdi pun ada benda jadi. Tukang ambik order kat drive thru tu bapak blur, imagine tiap kali aku tanya, dijawabnya "ha.." "ha ah..." "Ha..?" Aku dengan Fad masa tu macam.. 😐😐😐 Itupun tiber tukar suara perempuan yang energetic sikit pastu. Rupanya budak baru. Macam lagi muda daripada kitorang. Perempuan tu manager. Memang gelak teruk la kitorang lepas bayar tu 😭😭😭. Lepas tuuuuu!!!!!! Masa dah sampai MMU tu, kitorang makan lu dalam kereta sambil Fadia memerhatikan keadaan sekeliling. Tengok sampai trainer dia dah sampai, baru turun pergi Sound Stage. Aku tengah chill2 dalam kereta for like,,, 5 mins tiba2 Fad datang balik. Aku cam eh???? Rupanya sangatlah sial bila tahu yang diorang kata Sem 2 sesi petang, tu pun diorang kasitau last minute. Bet that all Sem 2 students are cursing rn. Petang tu dah la 2.30 petang beb. Pishang Fad nak kene tunggu eeee semak betul la CB ni sumpah. Memang perosak plan betul. Plan untuk Fadia pergi lepak rumah Masturah kene cancel macam tu je. 


Pastu pulak, kereta aku penuh tahi burung. Sebelum2 ni aku parking kereta situ takde pun, kali ni pulak tiber banyak gila eeeee so aku takleh nak brain mana pulak nak cari carwash area Cyberjaya ni. Kalau ada pun mesti mahal2. Padahal aku nak cuci luar tu je urghhhh serabutnya 😩😩😩 Carwash yang aku tahu yang kat Dpulze tu la. So aku dengan Fad terus ke Dpulze, tau2 kitorang sampai awal sangat, dalam 9.40 pagi. Mana bukak lagi aigoooo 😩😩😭😭😭 So kitorang masuk je la Dpulze sebab aku pun nak pergi Watsons beli barang sebab aku stay rumah Masturah and then pergi Johor on Thursday. LEPAS TU!!!! WATSONS TAK BUKAK LAGI 😩😩😩😩😩😩😩😩 Penat laaaaa, dah la aku dengan Fad memang sampai awal gila, sampai escalator Dpulze tu tak gerak lagi wei. Naik lif dah la terlajak sampai "backroom" lol. Kitorang ok je. Sekarang ni tengah tunggu Watsons buka eeeee takkan dah 9.58 am pun tak bukak lagi eeeee!!! Serabot betul.

               9.59 pagi, Dpulze. Memishang bersama Fadia sementara menunggu Watsons buka.

11.26 am.

Currently at the STAD building, ada bengkel untuk belajar software sebelum mengajar budak di Johor nanti. Kesian Fadia, dia tidur je kat dorm sementara nak tunggu session dia petang ni zzzz... Btw I finally bought something from Watsons!! Lol. Beli barang mandi je pun dah RM50+ smh I am so broke. Takpelah, daripada aku asyik boros beli figure lol hahahaha attack diri sendiri. Oh ya tadi lepas kitorang pergi Watsons, ada benda kelakar lagi jadi HAHAHA ada seorang mamat ni termasuk tandas perempuan, dia ternampak aku betulkan tudung, terus dia berlari keluar. Aku masa tu macam 🧍Takkan tak nampak logo skirt tandas perempuan tu? Obvious gila kut. Dah la tandas lelaki yang terpampang depan mata dulu daripada tandas perempuan hahaha. Haaa, pastu aku dah tanya dah harga untuk cuci luar kereta sahaja kat carwash Dpulze tu. RM36 weih!!!! Pala bapak dia. So aku pun blah dengan penuh slay.... Cuci kat Gombak je la. Luar dalam je baru RM15.

Slay dalam jamban bersama Fadia.

Ha pastu masa aku sampai kat STAD building tu, aku pergi Deen's kejap sebab nak ambil sudu plastik. Aku ambik sebab nak makan bubur yang ayah belikan kat kedai Syazwana pagi tadi. Pastu kau tau apa jadi? Mamak tu bapak berkira gila sial. Sudu plastik ni pun nak kene bayar ke gila. Aku ambik sudu tu, cakap "Lah takkan sudu plastik pun nak kene bayar?" then terus blah. Belum pernah lagi aku counter kedai kene bayar sudu plastik. Berapa ringgit je pun sesupit sudu plastik tu mende sia. Kau punya makanan pun dah la mahal juga, banyak juga dia pau. Selagi boleh pau, kau pau ek. But not this time my dude. Adoi macam2 perangai lo. Ni pun aku tak tahu la bengkel ni habis pukul berapa. 

Ha tahu2 laptop aku tak boleh bawa ke Johor nanti sebab storage habis. Innalillah... Takpelah, on the bright side takyah kasi budak2 tu pinjam tengok betapa weeb nya aku dan kurang satu bag. Onyeah 😎 

Habis bengkel tu dalam pukul 6 gitu. Itupun sepatutnya ada lagi tapi aku lari. Jenuh weiii nok tunggu. So aku terus je blah ambil Fadia then pergi la satu restoran kelantan kat Cyber ni. Restoran KB apa tah nama dia. Dia tulis situ former name dia Restoran Nasi Kak Wok. Fadia pun wondering la asal dia tukar nama sebab dia tulis situ ada sebab2 tertentu dan tak nak menyinggung mana2 pihak. Aku pun jawab ah "sebab kak wok tu ninggal kut", terus Fadia gelak teruk gila πŸ˜­πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ gelak sakan hahaha. Kitorang bungkus makanan nak makan kat rumah Masturah je. Lagipun nak asar lagi. Lepas je maghrib aku tumbang terus. Hahahaha penat nokz. Ok la tu je, chawwwww!

Comments